Why did I choose to compare these two universities? Because both claims to be the best (or one of the best) university for doing Engineering courses in their countries, respectively.
Some of the stereotypical issues might be:
1. student or grad oversea relax je la, belajar siket je subjek..!
2. sombong seih budak grad oversea, padahal aku belajar lagi banyak dari dia..!
3. apa kelas budak grad local uni je?
To do justice, here are what I think students (or graduates) from both countries can claim:
For UTM students:
1. Kitaorg terer, sebab amek banyak subjects!
2. Busy wo idop dolu2, banyak assignments! Dah la sampai 50% value untuk full mark! But kitaorg dapat lepas dengan berjaya! Dah la ada lecturer yang macam...!
3. Kitaorg ada banyak awek2 cun kat sini! Stok penapisan untuk dijadikan pasangan idop sangat besar!
4. Kitaorg makan best! Nak balik umah untuk makan yang lagi best pun tak la susah sangat, paling jauh pun, flight 2 jam je.
5. Dugaan ah beb, banyak hal ah kat sini, politik la, family la, nak bayar pinjaman la etc..
6. Ada ke patut kena amek subjek2 yang takde kena-mengena dengan degree nih? But kitaorg kan terer? Sumer clear beb!
7. Sini persaingan tinggi bro! Dah la kerajaan kalau boleh nak semua students all-rounded: bijak, beriman, beramal, terer sukan, etc etc. Nasib baik tak jadi robot terus.
For Adelaide Uni students:
1. Mana kau tau quality subjek siket tak sama dengan yang banyak? Giler kau, kitaorg buat assignments macam giler perfect pun, kitaorg dapat around 20% of grade je.. Buat lah se-excellent mana sekalipun..
2. Hidup mencabar weh, assignments tiap2 minggu ada. Masalahnya, kau buat ke tak assignment, datang kelas ke tidak, lecturer pedulik apa? Bukannya fail terus, cuma kitaorg ni agak terer gak ah bila exam, buat giler babeng dasat (maklumlah 80% dari exam). Attendance untuk kelas? Apa tuh? Last time kena amek rollcall masa kat skolah la. Rindu pulak zaman dulu kena paksa belajar. Ada jugak orang yang tengok2 perkembangan.
3. Walaupun subjek siket, tapi most likely syllabus sama banyak. Siap advance lagi tuh, ada projek nanotechnology. Tak caya, tengok kat bawah ni..
4. Kitaorg nak cari stok gadis Melayu terakhir susah ah. Tapi, global market bro! Global! Tapi, untuk sapa2 yang ada gf/tunang kat Malaysia, kira terer gak la. Walaupun otak dan jantung tiap2 hari rasa macam nak meletup risau, dapat juga maintain waras dan setia. Orang kata: long-distance tu macam belajar MATHS 1011 la, kacang je!
5. Alamak, makanan halal susah gak nak cari! But kalau kitaorg still pilih untuk hidup dengan makan benda2 halal je, rasa2nya, boleh claim iman kitaorg lagi kuat.. Bab balik umah jumpa parents memang susah la, mahal. Call pon kena ikut time, malam2 ada la cheap time period to call. But concert2 banyak woi sini, takde censor2 pulak tuh! (Alamak, lupa pulak aku belajar apa tadi..)
6. Dugaan? Oversea politik takde hal, cuma kuat tak kuat iman, dan mampu tak mampu tiap2 hari nak speaking je lah yang menduga. Maklumlah, takde azan, takde pencegah maksiat, uni bagi kondom free (macam gula2), nightclub depan uni, KFC yang memang tak halal berlambak, ganja/alkohol/hiburan macam jumlah masjid kat Malaysia. Banyak giler!
7. Nasib baik ah kitaorg takde kena amek subjek macam tuh. Eh eh, patutlah kitaorg maybe kurang bermoral, kurang Islamic dan kurang Asian. But takpelah, kitaorg belajar direct dari idop, 4 tahun, tiap2 hari kena duga. Practical tu beb!
8. Persaingan? Susah beb, susah! Bebudak mat saleh ni bukannya ada dapat offer utk gi belajar mana2 uni kat oversea. So, yang tahap IQ macam ala2 Einstein pun berlambak dalam kelas. (cuba try tengok dalam wikipedia, berapa ramai ex-student Adelaide Uni yang dah menang Nobel Prize!). Tuh yang masa bila aku menang debat, atau dapat report sampai lebih 90%, aku sengeh2 macam gile tuh! Rasa macam Einstein bawah tapak kaki je.. Haha..
Nota editor: sorry kalau nampak berat sebelah. Tak berniat apa2, cuma as orang yang tak duduk kat Malaysia now, tak tau apa hujah2 best budak local U..
So, apa moralnya?
Hormatilah satu sama lain.
Yang belajar atau grad oversea mungkin kurang sopan, kurang Islamic, kurang bersikap keMalaysiaan dan mungkin kurang jumlah subjeknya berbanding apa yang budak local U amek, BUT disebabkan at least 4 tahun tercampak kat tempat orang yang penuh dugaan, diaorg ni bab2 survival dalam menjaga maruah atau experience persaingan bebas tanpa tongkat kerajaan atau pun bab2 pelajaran jatuh-bangun memang mungkin ada kelebihan.
Yang belajar local U pulak, walaupun ada yang mungkin kata university takde kualiti (tak masuk top 100), atau jagoan kampung, atau tak tercabar sebab masih dalam negara, aku rasa, they deserve a lot of repect! Mana ada orang dari uni2 negara lain yang kena amek banyak2 subjek, dah la subjek yang pelik2, siap ada kokurikulum pulak tuh? So, kena respect diaorg nih, 4 tahun keje keras, kena pakai bahasa yang bukannya tiap2 hari kena praktis dan berjaya lulus walaupun diduga dengan segala apa yang berlaku. Diaorg nih, benda2 pasal negara berlaku depan mata tiap2 hari, but berjaya jugak focus. Lagipun, diaorg nih la yang membesar dalam negara, mengalami lebih banyak perkara dalam negara masa tengah bertambah kematangan diaorg.
So, for both, rendah2kan lah diri. Hormat pihak yang satu lagi. Jangan pandah rendah pihak satu lagi, tapi jangan la sampai biarkan orang kata degree uni korang tak berkualiti, atau tuduh korang sambil main2 pun boleh grad!
By the way, here is the comparison between the program for Bachelor of Engineering in both universities:

Sila klik untuk lihat dengan lebih jelas..